Latest Updates

Cara Pantas Serlahkan Kewujudan (Kredibiliti) Anda di Media Sosial


Kewujudan dan kredibiliti adalah perkara yang sangat penting sekali di dalam perniagaan online. Jika anda ingin bertahan lama di dalam pasaran, anda perlu membina 'trust' (kepercayaan) di dalam jiwa audien anda. Kemudian secara perlahan-lahan mereka akan bertukar menjadi pelanggan.

Membina 'kepercayaan' ini bukanlah kerja sehari dua. Tapi lebih malang ada yang berusaha berbulan-bulan malah bertahun-tahun tetapi masih tidak dapat membina kepercayaan yang diinginkan. Dimanakah silapnya?

Berikut adalah perkara basic sebagai guideline anda;

1. Pilih media sosial yang betul.
- Cari leader/icon niche anda dan cek pengikut media sosial beliau yg mana satu yg paling ramai. Katakan FB, itu menunjukkan bahawa anda perlu bermula dgn FB kerana audien niche anda ramai di situ.

2. Optimumkan penggunaan profile.
- Setelah anda buat keputusan media sosial yg anda ingin gunakan, langkah seterusnya adalah optimumkan penggunaan profile.
- Guna gambar sebenar anda (nampak muka). Jgn guna gambar haiwan, superhero, tumbuh-tumbuhan atau sebagainya. Anda ingin dapatkan trusted followers, mcamana org nak trust dgn anda jika muka anda pun mereka tak kenal.
- Tulis penerangan tentang diri anda dengan baik. Apa kepakaran anda dan latarbelakang anda.
- Pastikan ada link ke website/blog anda (kalau ada).

3. Cari dan follow leader/icon niche pilihan anda.
- Kebanyakkan dr mereka takkan follow anda balik, tapi dgn cara ini anda sebenarnya memberitahu platform media sosial bahawa anda berada dlm niche yg sama dan memudahkan sistem memberi cadangan siapa utk anda follow/friends.
- Mereka akan kongsi maklumat penting dan berguna dari semasa ke semasa. Jadi anda boleh belajar perkara baru dan boleh share maklumat tersebut dengan followers/friend anda.

4. Share informasi yg penting/berguna.
- perlu ingat "Content is the king".. jadi anda perlu sentiasa berikan content2 yg menarik (teks, gambar, video). Pastikan ianya berkaitan niche anda shj. Tlg jangan jadikan wall anda pasar malam ye!

5. Jangan lupa follow balik.
- Jika ada follower/friend LIKE post anda.. make sure anda pun luangkan masa lawat wall dia n like post berkaitan. Jika dia komen post anda, make sure reply back. Ini akan menyerlahkan lg kredibiliti anda disamping mendekatkan lagi anda dengan followers (maintain relationship)

6. Jangan langgar peraturan.
- Setiap platform media sosial mempunyai peraturan masing2. Pastikan anda tak langgar peraturan.

7. Gunakan hashtag.
- Bertujuan meningkatkan potensi post anda tersenarai dlm list carian apabila ada siapa2 yg membuat carian berkaitan niche anda.


**Dapat sesuatu dari post ini? Kalau ada point yg saya tertinggal, sila tinggalkan di komen ya!
.
TQ dari hati.. ;-) ;-)


Tiada ulasan